Friday, April 3, 2015

Mencari Kasut Bundle Di Sempadan Thailand-Cambodia



Salam...

Sudah begitu lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe.. Baru-baru ni pergi ke Thailand untuk mencari kasut bundle di Aran, sempadan Thailand-Cambodia. Gambar di atas sewaktu tiba di Bangkok semasa lepak minum sementara tunggu jam 2 petang untuk check-in hotel. Tujuan datang adalah semata-mata untuk mencari kasut bundle bagi menambah stok sedia ada di kedai bundle di Cheras. So, bukan la datang untuk melancong sangat pun. Tapi sambil menyelam minum air jugak la kiranya. =p

Kata orang : 

" jauh perjalanan, luas pandangan. "


 

Selesai check-in hotel aku dan adik pergi ke Chatuchak Market untuk mencari sehelai dua baju vintage dengan menaiki teksi. Charge yang dikenakan adalah sekitar 200Baht. Besar kawasan Chatuchak Market ni. Pusing punya pusing akhirnya berjumpa juga dengan bahagian yang menawarkan pelbagai jenis barangan bundle iaitu baju, seluar jeans dan kasut

.   

Gambar di atas adalah kedai yang menjual baju bundle. harga bermula dari 20 baht. Murah kan! Selam punya selam dapatlah jugak cari beberapa helai baju band ACDC dan beberapa helai baju vintage yang jarang jumpa. Selepas itu kami berdua window shopping area kedai-kedai bersebelahan tetapi tiada yang berkenan kerana kedai di sini menawarkan harga kepada pelancong jadi tiada harga borong ditawarkan. So, kami berdua pun pergi cari teksi dan balik semula ke hotel yang terletak di Sui 8.

 

 Pada keesokan harinya kami bergerak pula ke Aranyaprathet pada jam 11 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sesampainya di Aran kami menungga kehadiran insan bernama Zakariya. Beliaulah yang akan menjadi pemandu pelancong dan perterjemah kepada kami dan peniaga di sini nanti. Apapun, sampai sahaja di Aran, bergambar dahulu dengan pemandu teksi yang membawa kami dari Bangkok.

  
  

Sampai masa tibanya waktu, dapat pula panggilan dari Zakariya dan dia mempelawa ke sebuah hotel bajet yang berada di tengah-tengah kawasan kedai-kedai jualan kasut bundle. Kami terus ke sana.



Petang itu juga tanpa berlengah terus pusing-pusing kawasan cari kedai-kedai kenalan Zakariya untuk mencari kasut sport bundle. Harga yang ditawarkan di sini sebenarnya agak murah tetapi perlu dipilih yang benar-benar kita berkenan. Terdapat juga pakej untuk memborong terus selonggok kasut yang siap dicuci dan diperbaiki oleh mereka. harga bergantung kepada kondisi kasut dan juga jenama. Terdapat kasut yang bermuala dari 55baht, 100bath, 150 baht, 250 baht, 300 baht 350 bagi kasut sport bundle. Jenama yang banyak dipilih cuma Adidas dan Nike. Keesokkan harinya kami meneroka beberapa lagi kedai jualan kasut bundle bagi memilih kasut-kasut sport lagi, lagi dan lagi... Tetapi kali ini ada juga yang kami borong kasut-kasut yang sudah siap dibasuh dan diperbaiki oleh peniaga-peniaga di sini. Harga yang ditawarkan adalah murah tetapi kita tidak dibenarkan memilih kasut-kasut yang kita mahukan sahaja kerana mereka mahu kami memborong keseluruhan jenis kasut yang ada. Jadi segala jenis jenama, saiz, dan fesyen kasut sport yang kami dapat. Terdapat juga kasut-kasut kulit yang sesuai dibawa ke pejabat dan itu pun semua kami borong secara longgok dan terus dibungkus ke dalam guni dan dituliskan alamat kedai bundle di Cheras untuk dipos. Charge pos kasut adalah lebih kurang rm100 bagi setiap guni yang boleh memuatkan sehingga 100 pasang kasut. Begitulah rutin selama lebih 5 hari kami di Aranyaprathet. Setiap hari pilih kasut di kedai yang berbeza. Ada juga kami borong kasut Dr. Martens, Redwings, Clarks dan lain-lain. Tapi harganya agak mahal berbanding kasut sport. Apa-apapun, pengalaman di Aran agak unik jika dibandingkan dengan tempat lain kerana di sini kami pergi berjalan sambil bekerja. Dapat lihat aktiviti para peniaga yang kebanyakkannya berasal dari Cambodia kerana kawasannya yang terletak cuma kurang 2 kilometer dari sempadan Thailand-Cambodia. Dapat lihat budaya dan gaya hidup mereka di sini. Sempat juga ke suatu majlis perkahwinan salah seoarang peniaga di sini tetapi gambar tak dapat dilampirkan di sini.

 

 Hari-hari aktiviti para peniaga dan pekerja mereka di sini adalah membasuh dan membaiki kasut. Terlalu banyak kedai dan terlalu banyak pilihan. Tapi ikut kehendak dan citarasa kita nak pilih kasut jenama dan jenis apa.



 Selesai 6 hari di sini, tiba waktu untuk pulang. Naik teksi ke Bangkok dan pulang ke Kuala Lumpur.



Selamat tinggal Aranyaprathet dan Bangkok. Goodbye until we meet again !!!

Tuesday, September 23, 2008

BIASA DALAM BIASA

biasa dalam biasa;...,

bicara dalam biasa~~

bicara hati,biarkan ia rahsia...!~

biasa dalam biasa;...,

bicara mendengar dari yg rapat biarlah erat~~

dari yg jauh biarlah tahu di mana berada,

telinga berdusta akalnya di mana?,

mendengar dusta jgn biar ia biasa~~

biar telinga biasa berbicara!~?

biasa dalam biasa;...,

bicara melihat biarlah rata dilihat segala yg dapat~~

biarlah puas ditilik segala yg tak dapat,

dusta melihat hilang akal tapi di mana?

melihat dusta jgn biar ia biasa~~

biar mata biasa berbicara!~?

biasa dalam biasa;...,

bicara yg ramai tinggikan waspada,

bicara yg halus berseni sentiasa,

besar berbicara halusi seninya; biarlah merata ada benarnya,

bicara dusta jgn biar ia biasa

biar bahasa berbicara biasa!~?

biarlah bicara biasa,

biasa dalam biasa!